
Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Sorok Pil Kuda Heroin Rm1 5 Juta Dalam Toto
Sumber: Berita Harian dan Polis Kontinjen Kelantan
Kota Bharu, 3 Oktober 2023 - Tiga warga Thailand termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki memiliki dadah dengan nilai keseluruhan lebih RM1.5 juta dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun, berkata dadah ditemukan ketika pemeriksaan ke atas lelaki warga Thailand berusia 31 tahun yang menunggang motosikal di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail di Rantau panjang jam 7.45 malam kelmarin.
"Suspek dipercayai membawa masuk pil untuk pasaran luar Kelantan dan lelaki itu memasuki negara menggunakan pas sempadan dengan membawa bungkusan 'Toto' khusus untuk menyorok dadah.
"Suspek yang disahkan positif Methamphetamine direman seminggu sehingga 8 Oktober untuk siasatan lanjut," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.