Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Rakyat Malaysia Ditahan Bawa Dadah Rm2 09 Juta

Published: 06 Jul 2026 7.58 AM Updated: 15 Aug 2026 6.49 PM
Kuala Lumpur, 6 Julai 2026 - Dadah yang dibawa rakyat Malaysia ditahan di Macau bersama heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta, bulan lalu, dipercayai diperoleh dari negara jiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-rakyat-malaysia-ditahan-bawa-dadah-rm2-09-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:09 MYT
 
Kuala Lumpur, 6 Julai 2026 - Dadah yang dibawa rakyat Malaysia ditahan di Macau bersama heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta, bulan lalu, dipercayai diperoleh dari negara jiran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata suspek juga dipercayai menaiki penerbangan dari negara jiran, bukan dari Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Macau berhubung penahanan rakyat Malaysia berusia pertengahan 20-an dan berasal dari Sarawak itu, semalam.

"Maklumat yang kita terima menunjukkan suspek bukan berlepas dari Malaysia tetapi dari negara jiran di utara. Kita juga percaya dadah yang dibawa oleh suspek juga diperolehi di negara jiran,.

"JSJN sedang bekerjasama dengan agensi penguatkuasa dadah dari negara jiran memandangkan suspek menggunakan laluan lain selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk tujuan penyeludupan dadah," katanya kepada BH, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut;https://www.bharian.com.my/.../rakyat-malaysia-ditahan...

Sumber: Berita Harian

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Rakyat Malaysia Ditahan Bawa Dadah Rm2 09 Juta
ArticlePublished 06 Jul 2026 7.58 AMUpdated 15 Aug 2026 6.49 PM