Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Tahan Dua Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm14 9 Juta

Published: 03 Mar 2023 3.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Shah Alam, 2 Mac 2023 - Polis menahan dua lelaki tempatan bersama 451.215 kilogram dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM14.9 juta hasil serbuan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Rawang pada Selasa lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-tahan-dua-lelaki-rampas-dadah-bernilai-rm14-9-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:16 MYT
Shah Alam, 2 Mac 2023 - Polis menahan dua lelaki tempatan bersama 451.215 kilogram dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM14.9 juta hasil serbuan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Rawang pada Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 22 dan 33 tahun disyaki bekerja sebagai transporter itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada 12.55 tengah hari.

“Hasil serbuan terhadap kenderaan jenis Nissan Navara itu menemukan 10 bungkusan guni putih yang mengandungi sejumlah 503 bungkusan plastik berwarna keemasan disyaki mengandungi dadah dan dipercayai akan dipasarkan sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek diberikan bayaran sekitar RM10,000 bagi penghantaran dadah dipercayai berasal dari negara jiran dan mereka membawa dadah itu dari Kelantan ke Selangor.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap dua suspek adalah negatif bagaimanapun kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 39A(1); 12(2); 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 7 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Tahan Dua Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm14 9 Juta


ArticlePublished 03 Mar 2023 3.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM