Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Siasat Enam Rakyat Malaysia Jika Terkait Sindiket Dadah

Diterbitkan: 03 Nov 2024 12.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 3 November 2024 - Polis masih menyiasat sama ada enam rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah hotel di Golok, Thailand kerana memiliki 6,000 biji pil kuda, kelmarin adalah anggota sindiket penyeludupan dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-siasat-enam-rakyat-malaysia-jika-terkait-sindiket-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Kota Bharu, 3 November 2024 - Polis masih menyiasat sama ada enam rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah hotel di Golok, Thailand kerana memiliki 6,000 biji pil kuda, kelmarin adalah anggota sindiket penyeludupan dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata, siasatan sedang dijalankan dengan bantuan rakan sejawatannya dari Thailand.
Menurutnya, polis juga masih belum menentukan sama ada 6,000 pil kuda yang dirampas polis Thailand adalah untuk pasaran Malaysia.
"Saya dimaklumkan bahawa siasatan berhubung kes itu masih dijalankan oleh polis Thailand dan mereka akan mendapatkan perintah reman terhadap rakyat Malaysia tidak lama lagi.

"Kami tidak dapat mengesahkan sama ada pil itu akan diseludup ke Malaysia menerusi pengkalan haram kerana siasatan sedang dijalankan oleh rakan sejawatan kami di Thailand.

"Pada masa sama, kita tingkatkan kawalan di semua pengkalan haram bagi mengelak kemasukan barangan terlarang termasuk dadah," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../siasat-enam-rakyat-malaysia...

Sumber: Harian Metro

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Siasat Enam Rakyat Malaysia Jika Terkait Sindiket Dadah
ArtikelDiterbitkan 03 Nov 2024 12.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM