Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Selangor Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Bernilai Lebih Rm7 Juta

Published: 27 May 2021 11.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 27 Mei 2021 - Sindiket pengedaran dadah bernilai RM7,620,900 di sekitar Ampang Jaya dan Petaling Jaya berjaya ditumpaskan susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 Tahun pada 21 Mei lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-selangor-tumpaskan-sindiket-pengedaran-dadah-bernilai-lebih-rm7-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:52 MYT

Shah Alam, 27 Mei 2021 - Sindiket pengedaran dadah bernilai RM7,620,900 di sekitar Ampang Jaya dan Petaling Jaya berjaya ditumpaskan susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 Tahun pada 21 Mei lepas.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, rampasan dadah itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sekitar 3.00 petang dan pihaknya menahan suspek yang berada dalam kereta di tempat meletak kenderaan di sebuah pasar raya di Ampang.

Dalam serbuan pertama, pihaknya merampas sembilan bungkusan plastik berisi pil berwarna hijau dan merah jambu disyaki dadah jenis Ekstasi anggaran 7,320 gram, serta dua bungkusan plastik hijau berisi satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan disyaki dadah jenis Ketamin beranggaran 2,000 gram.

“Dianggarkan jumlah rampasan di dalam kereta suspek itu bernilai RM545,200,” katanya.

Beliau berkata rampasan kedua di sebuah kediaman teres dua tingkat di Petaling Jaya pada 4.15 petang hari yang sama menemukan 29 bungkusan plastik mengadungi satu paket plastik lutsinar dadah jenis Methaphetamine dianggarkan 20,165 gram.

“Kami turut menjumpai dua bungkusan plastik hijau mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis Ketamin dianggarkan 25,870 gram serta 1,350 kepingan aluminium foil warna perak / merah yang berisi pil disyaki dadah jenis Eramin beranggaran 3,510 gram.

“Turut dijumpai 20 paket plastik lutsinar berisi pil pelbagai warna dipercayai dadah Ektasi dengan anggaran berat 72,590 gram menjadikan nilai keseluruhan rampasan kedua ini berjumlah RM7,075,700,” katanya.

Dato’ Arjunaidi berkata, suspek dipercayai dalang utama bagi sindiket ini tidak bekerja dan mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah di bawah Seksyen 39 (1) dan 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 22 sehingga esok di bawah Seksyen 39B ADB 1952,” katanya

Sumber: Polis Selangor dan BERNAMA

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and indoor

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.


ArticlePublished 27 May 2021 11.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM