
Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Rampas Heroin Base Bernilai Rm4 05 Juta
Shah Alam, 20 Februari 2023 - Polis merampas sejumlah 123 ketulan mampat dadah jenis Heroin Base bernilai RM4.05 juta menerusi beberapa serbuan di sekitar Klan...
Shah Alam, 20 Februari 2023 - Polis merampas sejumlah 123 ketulan mampat dadah jenis Heroin Base bernilai RM4.05 juta menerusi beberapa serbuan di sekitar Klang, minggu lalu.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat polis menahan seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz di Klang jam 3.30 petang pada 15 Februari lalu.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui satu plastik hitam berisi 10 ketulan mampat disyaki dadah jenis Heroin Base dianggarkan seberat 3.831 kilogram (kg).
"Susulan itu seorang lagi lelaki ditahan di sebuah rumah di Kapar jam 4.20 petang yang mana suspek kemudian membawa anggota ke sebuah rumah kedai di kawasan berkenaan dan sebanyak 113 ketulan mampat dadah disyaki Heroin Base seberat 42.94 kg ditemui.
"Polis turut menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan Kupang, Kedah bagi membantu siasatan.
Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah 123 ketulan mampat seberat 46,771 kg yang dianggarkan bernilai RM4.05 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.