Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Rampas Heroin Base Bernilai Rm4 05 Juta

Published: 20 Feb 2023 1.46 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 20 Februari 2023 - Polis merampas sejumlah 123 ketulan mampat dadah jenis Heroin Base bernilai RM4.05 juta menerusi beberapa serbuan di sekitar Klang, minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-rampas-heroin-base-bernilai-rm4-05-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:04 MYT
Shah Alam, 20 Februari 2023 - Polis merampas sejumlah 123 ketulan mampat dadah jenis Heroin Base bernilai RM4.05 juta menerusi beberapa serbuan di sekitar Klang, minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman itu turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 37 hingga 53 tahun.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat polis menahan seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz di Klang jam 3.30 petang pada 15 Februari lalu.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui satu plastik hitam berisi 10 ketulan mampat disyaki dadah jenis Heroin Base dianggarkan seberat 3.831 kilogram (kg).

"Susulan itu seorang lagi lelaki ditahan di sebuah rumah di Kapar jam 4.20 petang yang mana suspek kemudian membawa anggota ke sebuah rumah kedai di kawasan berkenaan dan sebanyak 113 ketulan mampat dadah disyaki Heroin Base seberat 42.94 kg ditemui.
"Polis turut menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan Kupang, Kedah bagi membantu siasatan.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah 123 ketulan mampat seberat 46,771 kg yang dianggarkan bernilai RM4.05 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Sumber: Polis Selangor dan Berita Harian

ArticlePublished 20 Feb 2023 1.46 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM