Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Kelantan Tahan Lima Lelaki Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm6 4 Juta

Published: 07 Sep 2022 2.02 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 7 September 2022 - Polis Kontinjen Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah untuk pasaran Kelantan dan Lembah Klang dengan penahanan lima lelaki serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM6.4 juta, Isnin lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-kelantan-tahan-lima-lelaki-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm6-4-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:31 MYT
Kota Bharu, 7 September 2022 - Polis Kontinjen Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah untuk pasaran Kelantan dan Lembah Klang dengan penahanan lima lelaki serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM6.4 juta, Isnin lepas.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 27 hingga 39 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan.
“Tangkapan pertama melibatkan lelaki berusia 27 tahun di tepi jalan di Pengkalan Chepa dan pemeriksaan menemukan 17 bungkusan berisi pil Yaba serta Erimin 5 di dalam kereta Perodua Viva dipandunya.

“Susulan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Pasir Jelatang, Kubang Kerian dan menemukan 100 bungkusan pil Yaba dan 80 bungkusan daun ganja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dato’ Muhamad Zaki berkata, hasil siasatan lanjut, polis menahan empat lagi lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Seri Kembangan, Selangor.
“Jumlah keseluruhan rampasan ialah 624,000 pil Yaba, 400 pil Eramin 5 dan 78,810 gram Ganja bernilai lebih RM6.4 juta. Dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 703,210 penagih.

“Polis turut menyita empat kereta, sebuah motosikal, seutas jam tangan dan wang tunai yang kesemuanya bernilai RM260,344,” katanya.

Beliau berkata semua lelaki itu direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Sumber: BERNAMA

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07092022
ArticlePublished 07 Sep 2022 2.02 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM