Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Gagalkan Cubaan Angkut Syabu Rm64 8 Juta Guna Lori Ditunda

Published: 23 Feb 2023 8.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 23 Februari 2023 - Polis menggagalkan cubaan sindiket dadah mengangkut 1.8 tan dadah jenis Syabu bernilai kira-kira RM64.8 juta dengan menggunakan lori tunda untuk menunda sebuah lagi lori yang membawa bahan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-gagalkan-cubaan-angkut-syabu-rm64-8-juta-guna-lori-ditunda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:34 MYT
Kangar, 23 Februari 2023 - Polis menggagalkan cubaan sindiket dadah mengangkut 1.8 tan dadah jenis Syabu bernilai kira-kira RM64.8 juta dengan menggunakan lori tunda untuk menunda sebuah lagi lori yang membawa bahan itu.

Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Surina Saad berkata lori tunda itu ditahan ketika operasi bersepadu melibatkan Pasukan Gerakan Am Batalion 2 Briged Utara, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis dan Pasukan Polis Marin Perlis di sekitar Jalan Sungai Baru Simpan Empat kira-kira 4 pagi pada 19 Feb.

“Ketika rondaan ketua pasukan operasi tersebut menahan sebuah lori yang sedang menunda lori yang tertutup dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 27 guni yang setiap satu mengandungi 25 bungkusan disyaki dadah jenis Syabu di dalam lori yang ditunda tersebut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut;

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis Perlis dan BERNAMA.

ArticlePublished 23 Feb 2023 8.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM