Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Penagihan Dadah Satu Penyakit

Published: 18 May 2020 6.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penagih dadah cukup dibenci masyarakat kerana mereka ini berpotensi tinggi melakukan jenayah termasuk membunuh keluarga sendiri gara-gara hilang kewarasan akibat pengaruh dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-penagihan-dadah-satu-penyakit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:06 MYT

Penagih dadah cukup dibenci masyarakat kerana mereka ini berpotensi tinggi melakukan jenayah termasuk membunuh keluarga sendiri gara-gara hilang kewarasan akibat pengaruh dadah.

Setiap kali mendengar berlakunya sesuatu kes jenayah dan pelakunya adalah seorang penagih dadah, rasa benci itu semakin membuak-buak.

“Dah tak tahu nak buat macam mana, dah letih! Polis pun dah naik menyampah. Lepas tangkap, keluar penjara tetap hisap dadah balik.”

Itu pula keluhan seorang kakak mengenang nasib adik lelakinya yang hanyut tidak bertepian dalam gelora najis dadah sejak 10 tahun lalu selepas tamat sekolah menengah.Tiada siapa mahu ahli keluarga sendiri terperangkap dalam penyalahgunaan dadah namun sejauh mana kita mampu menerima takdir itu sebagai satu ujian Allah SWT.

Berbagai onak duri perlu ditempuh dengan panahan tajam tohmahan masyarakat sekeliling. Bak kata pepatah Melayu yang mudah difahami, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’.

Pada Jun 2019, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan dikriminalisasi penagih dadah dengan mentakrifkan penagihan dadah sebagai satu penyakit.

Dikriminalisasi itu lebih kepada tindakan pentadbiran dan fokus kepada rawatan serta pemulihan berbanding menghukum. Apabila ditakrifkan sedemikian, ini bermaksud penyakit penagihan dadah sama seperti penyakit lain.

Ia boleh dicegah, dirawat, dikawal daripada berjangkit, dipulihkan ataupun seseorang itu akan hidup sepanjang hayat dengan penyakit tersebut sehingga nafas terakhir.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.sinarharian.com.my/…/Penagihan-dadah-satu-penya…

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 18 May 2020 6.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM