Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Pdrm Sahkan Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Maldives Kerana Cuba Seludup Dadah

Published: 30 Jul 2024 1.12 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 30 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Maldives kerana cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke negara berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-pdrm-sahkan-dua-rakyat-malaysia-ditahan-di-maldives-kerana-cuba-seludup-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
Kuala Lumpur, 30 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Maldives kerana cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke negara berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya sudah berhubung dengan pihak berkuasa Maldives mengenai tangkapan itu.

“Maklumat lanjut mengenai kes ini akan disalurkan pihak berkuasa Maldives kepada polis dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata PDRM akan membantu siasatan dijalankan pihak berkuasa Maldives sekiranya diperlukan.

Semalam, Bernama melaporkan dua rakyat negara ini ditahan ketika cuba menyeludup dadah dipercayai jenis Ganja seberat 15 kilogram ke Maldives.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 30 Jul 2024 1.12 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM