Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Op Tapis Khas Dadah Bernilai Lebih Rm3 5 Juta Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari Pengarah Jsjn

Diterbitkan: 25 Jan 2022 8.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan dalam operasi bersama polis kontinjen negeri-negeri itu, terdiri daripada 4,987 lelaki dan 213 wanita berumur lingkungan 13 hingga 60 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-op-tapis-khas-dadah-bernilai-lebih-rm3-5-juta-dirampas-dalam-tempoh-tiga-hari-pengarah-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Op Tapis Khas Dadah Bernilai Lebih Rm3 5 Juta Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari Pengarah Jsjn
Laman Utama / Artikel / Waragainstdrugs Artikel Pilihan Op Tapis Khas Dadah Bernilai Lebih Rm3 5 Juta Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari Pengarah Jsjn
Kembali ke Pustaka
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Op Tapis Khas Dadah Bernilai Lebih Rm3 5 Juta Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari Pengarah Jsjn

Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan dalam operasi bersama polis kontinjen negeri-negeri itu, terdiri daripada 4,987 le...
Kuala Lumpur, 25 Januari 2022 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas sejumlah 212.6 kilogram (kg) dan 1,199.2 liter pelbagai jenis dadah dianggar bernilai lebih RM3.5 juta, selepas menahan 5,200 orang menerusi Op Tapis Khas di seluruh negara dari 21 hingga 23 Januari.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan dalam operasi bersama polis kontinjen negeri-negeri itu, terdiri daripada 4,987 lelaki dan 213 wanita berumur lingkungan 13 hingga 60 tahun.

“Dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur. Seramai 129 suspek merupakan warga asing. Operasi sama itu turut menggempur 367 sarang penagih,” katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1), 39C, 12(2), dan 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya Langkah- langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2022 8.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM