Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrug Keratan Akhbar Pilihan Polis Akan Perangi Dadah Habis Habisan Pengarah Jsjn

Diterbitkan: 19 Feb 2022 6.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masalah dadah adalah perkara yang serius.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrug-keratan-akhbar-pilihan-polis-akan-perangi-dadah-habis-habisan-pengarah-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT
Shah Alam, 19 Februari 2022 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan membanteras habis-habisan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai usaha memastikan negara bersih daripada dadah.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masalah dadah adalah perkara yang serius.

“Masalah dadah boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti kes sosial dan jenayah," kata beliau.

Dato’ Ayob Khan berkata, polis akan memerangi habis-habisan individu yang terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah ekoran kesan besar yang ditinggalkan gejala itu.

“Pelbagai kesan besar angkara penyalahgunaan dadah termasuklah membunuh ahli keluarga sendiri kerana ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah.

“Malaysia telah lama mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara dan polis akan perang habis-habisan mereka ini. Tiada amaran lagi buat mereka. Ini jihad menentang dadah musuh nombor satu negara,” katanya.

“Kita mahu masyarakat beri kerjasama penuh termasuk kalangan ibu bapa.

“Laporkan segera kepada polis sekiranya ada anak mereka terlibat dengan dadah untuk tindakan dan rawatan awal sebelum terlambat. Usah tunggu parah,” tegas beliau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
ArtikelDiterbitkan 19 Feb 2022 6.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM