Walau Di Mana Dan Dalam Apa Jua Keadaan Keselamatan Masyara
Itulah
semangat yang ditunjukkan oleh seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Melaka yang telah bertindak pantas untuk menyelamatkan
seorang mangsa ragut dan menangkap penjenayah.
Kejadian
berlaku pada 13 Ogos 2013 jam 9.30 pagi di Lorong Mendaling Kajang di
mana ketika kejadian, DSP Basri mendengar jeritan seorang wanita meminta
tolong dan apabila dilihat didapati seorang wanita berbangsa Cina
diragut oleh 2 lelaki yang menunggang motosikal.
Pegawai
terlibat bertindas pantas dengan menghalang penjenayah terlibat dengan
kenderaannya sehingga menyebabkan penjenayah yang membonceng di bahagian
belakang motosikal tersebut jatuh.
DSP
Basri terus menerpa ke arah penjenayah terlibat dan akhirnya berjaya
menangkap salah seorang penjenayah setelah berlaku pergelutan.
Orang
ramai yang berada di lokasi kejadian turut membantu dengan cuba
menangkap penjenayah yang menunggang motosikal namun, penjenayah
terlibat berjaya meloloskan diri.
Ketika
dihubungi DSP Basri yang sedang menjalani cuti sempena Hari Raya
Aidilfitri ini menyatakan bahawa tindakannya itu adalah sifat serta
naluri yang telah disematkan oleh Polis Diraja Malaysia dalam diri
setiap pegawai dan anggota polis untuk memberikan bantuan dan tindakan
segera sekiranya melihat kejadian jenayah selaras dengan `Komuniti
Sejahtera, Komitmen Kami`.

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka