Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Walau Di Mana Dan Dalam Apa Jua Keadaan Keselamatan Masyara

Published: 17 Jun 2014 8.41 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kejadian berlaku pada 13 Ogos 2013 jam 9.30 pagi di Lorong Mendaling Kajang di mana ketika kejadian, DSP Basri mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong dan apabila dilihat didapati seorang wani..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/walau-di-mana-dan-dalam-apa-jua-keadaan-keselamatan-masyara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang telah bertindak pantas untuk menyelamatkan seorang mangsa ragut dan menangkap penjenayah.

Kejadian berlaku pada 13 Ogos 2013 jam 9.30 pagi di Lorong Mendaling Kajang di mana ketika kejadian, DSP Basri mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong dan apabila dilihat didapati seorang wanita berbangsa Cina diragut oleh 2 lelaki yang menunggang motosikal.

Pegawai terlibat bertindas pantas dengan menghalang penjenayah terlibat dengan kenderaannya sehingga menyebabkan penjenayah yang membonceng di bahagian belakang motosikal tersebut jatuh.

DSP Basri terus menerpa ke arah penjenayah terlibat dan akhirnya berjaya menangkap salah seorang penjenayah setelah berlaku pergelutan.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut membantu dengan cuba menangkap penjenayah yang menunggang motosikal namun, penjenayah terlibat berjaya meloloskan diri.

Ketika dihubungi DSP Basri yang sedang menjalani cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini menyatakan bahawa tindakannya itu adalah sifat serta naluri yang telah disematkan oleh Polis Diraja Malaysia dalam diri setiap pegawai dan anggota polis untuk memberikan bantuan dan tindakan segera sekiranya melihat kejadian jenayah selaras dengan `Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami`.

Walau Di Mana Dan Dalam Apa Jua Keadaan Keselamatan Masyara
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.41 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM