Artikel
Video Tular Seorang Warga Emas Cedera Dipukul Oleh Penunggang Motosikal
"Pihak polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang warga emas berusia 73 tahun kerana telah dipukul di hadapan sebuah klinik berdekatan Taman Tasik Puchong...
"Pihak polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang warga emas berusia 73 tahun kerana telah dipukul di hadapan sebuah klinik berdekatan Taman Tasik Puchong Prima, Putra Perdana, Selangor."
"Siasatan awal dapati mangsa telah dipukul di bahagian muka, kepala dan rusuk oleh suspek kerana dikatakan tidak memberi lampu isyarat ketika membelok di simpang jalan."
"Suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan."
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusoff
