Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Sebuah Kenderaan Melawan Arus

Published: 03 Oct 2024 3.01 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Pihak polis telah menerima maklumat melalui video tular di media sosial yang memaparkan kejadian sebuah kereta jenis Perodua Axia warna oren yang memandu secara melawan arus di Jalan Kuantan/ Pekan."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-sebuah-kenderaan-melawan-arus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:32 MYT
"Pihak polis telah menerima maklumat melalui video tular di media sosial yang memaparkan kejadian sebuah kereta jenis Perodua Axia warna oren yang memandu secara melawan arus di Jalan Kuantan/ Pekan."
"Pada hari yang sama, pemandu tersebut berjaya dikesan dan telah hadir ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut. Hasil siasatan dapati pemandu berkenaan merupakan seorang wanita berusia 76 tahun."

"Pemandu ini telah memandu dari Bandar Kuantan menghala ke Kompleks Warga Emas di Wakaf Madinah Mawaddah Penor, Kuantan. Disebabkan faktor umur dan tidak mahir melalui jalan tersebut, wanita berkenaan tidak menyedari telah memandu secara lawan arus."
"Notis saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Tidak patuhi isyarat lalu lintas)."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu

Video Tular Sebuah Kenderaan Melawan Arus
ArticlePublished 03 Oct 2024 3.01 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM