Artikel
Video Tular Sebuah Kenderaan Melawan Arus
"Pihak polis telah menerima maklumat melalui video tular di media sosial yang memaparkan kejadian sebuah kereta jenis Perodua Axia warna oren yang memandu seca...
"Pihak polis telah menerima maklumat melalui video tular di media sosial yang memaparkan kejadian sebuah kereta jenis Perodua Axia warna oren yang memandu secara melawan arus di Jalan Kuantan/ Pekan."
"Pada hari yang sama, pemandu tersebut berjaya dikesan dan telah hadir ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut. Hasil siasatan dapati pemandu berkenaan merupakan seorang wanita berusia 76 tahun."
"Notis saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Tidak patuhi isyarat lalu lintas)."
