Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Pukul Anjing Sehingga Mati

Diterbitkan: 06 Nov 2024 8.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Polis telah menerima laporan berkaitan video tular berkenaan pada 5 November 2024 jam lebih kurang 2.46 petang. Siasatan mendapati kes berlaku pada 24 Oktober 2024 di sebuah bengkel dalam Kampung Patikang, Keningau".
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-pukul-anjing-sehingga-mati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:36 MYT
"Polis telah menerima laporan berkaitan video tular berkenaan pada 5 November 2024 jam lebih kurang 2.46 petang. Siasatan mendapati kes berlaku pada 24 Oktober 2024 di sebuah bengkel dalam Kampung Patikang, Keningau".

"Bertindak atas maklumat, pada hari yang sama jam lebih kurang 10.30 malam, polis telah berjaya menangkap suspek iaitu seorang lelaki berbangsa Toraja berumur 39 tahun serta merampas peralatan yang digunakan semasa kejadian".

"Suspek telah ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998".

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Keningau, Superitenden Yampil Garai

Video Tular Pukul Anjing Sehingga Mati
ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2024 8.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM