Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Polis Melepaskan Tembakan Semasa Menjalankan Tugas

Published: 01 Aug 2024 7.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
“Kejadian berlaku pada 10 Julai 2024 ketika sepasukan polis menjalankan Op Perdagangan di Jalan Tun Dr. Lim Chong Eu telah terdapat sebuah kenderaan jenis motovan dalam keadaan mencurigakan sebelum polis cuba menahan kenderaan terbabit dan melarikan diri.”
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-polis-melepaskan-tembakan-semasa-menjalankan-tugas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:25 MYT
“Kejadian berlaku pada 10 Julai 2024 ketika sepasukan polis menjalankan Op Perdagangan di Jalan Tun Dr. Lim Chong Eu telah terdapat sebuah kenderaan jenis motovan dalam keadaan mencurigakan sebelum polis cuba menahan kenderaan terbabit dan melarikan diri.”

“Anggota polis trafik telah bertindak mengejar kenderaan tersebut dan terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar hadapan motovan terbabit apabila suspek cuba melanggar anggota polis yang bertugas sebelum kenderaan suspek terbabas di bahu jalan.”

“Susulan itu, tangkapan terhadap satu lelaki warga tempatan berumur 36 tahun di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati suspek tiada lesen memandu dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan didapati positif dadah jenis Methaphatamine.”
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal

Video Tular Polis Melepaskan Tembakan Semasa Menjalankan Tugas
ArticlePublished 01 Aug 2024 7.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM