"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 17.09.2023 jam lebih kurang 12.05 malam di hadapan sebuah kuil Alma, Bukit Mertajam ketika orang ramai sedang menyambut upacara keagamaan. Dalam kejadian tersebut tiga lelaki telah ditahan untuk bantu siasatan."
"Punca pergaduhan masih dalam siasatan. Kes disiasat di bawah seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu gaduh gempar."
