Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Memukul Dan Mengugut Pelajar Sekolah

Published: 06 Jan 2024 10.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Pihak polis telah menerima laporan polis dari seorang lelaki berkenaan insiden anak lelakinya telah dipukul oleh rakan sekolahnya di tepi Jalan Prima Pelangi, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam, Kuala Lumpur."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-memukul-dan-mengugut-pelajar-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 09:41 MYT
"Pihak polis telah menerima laporan polis dari seorang lelaki berkenaan insiden anak lelakinya telah dipukul oleh rakan sekolahnya di tepi Jalan Prima Pelangi, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam, Kuala Lumpur."

"Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berpunca apabila mangsa tidak mahu mengikut suspek untuk ponteng sekolah. Ekoran dari kejadian tersebut, suspek tidak berpuas hati dan telah memaksa mangsa menaiki motosikal dan dibawa ke lokasi tersebut sebelum dipukul berkali-kali menggunakan helmet."

"Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas suspek seorang lelaki berumur 15 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari.

Link Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/742794307350272/

Video Tular Memukul Dan Mengugut Pelajar Sekolah
ArticlePublished 06 Jan 2024 10.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM