Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Lelaki Maut Diserang Ditetak Sekumpulan Lelaki Bertopeng

Published: 27 Aug 2024 6.02 AM Updated: 15 Aug 2026 6.29 PM
"Mangsa dikatakan sempat menghubungi adik lelakinya yang kemudian bergegas membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-lelaki-maut-diserang-ditetak-sekumpulan-lelaki-bertopeng
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:16 MYT
"Seorang lelaki (mangsa) maut selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki bertopeng di hadapan sebuah kedai gunting rambut, di Rim, pada Ahad."

"Mangsa dikatakan sempat menghubungi adik lelakinya yang kemudian bergegas membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan."

"Mangsa diturunkan di jabatan kecemasan hospital sebelum kereta dipandu adiknya tersebut ditahan sekumpulan lelaki dan bertindak memecahkan cermin kereta sambil membawa parang."

"Adik mangsa kemudian melarikan diri menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin untuk melaporkan insiden berkenaan."

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Tiga suspek berjaya ditahan dan usaha mengesan individu lain yang terlibat masih giat dijalankan."

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi

Video Tular Lelaki Maut Diserang Ditetak Sekumpulan Lelaki Bertopeng
Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=2752937011550806
ArticlePublished 27 Aug 2024 6.02 AMUpdated 15 Aug 2026 6.29 PM