Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Kes Suami Kelar Isteri

Diterbitkan: 22 Jan 2024 6.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
"Polis telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan satu kejadian seorang lelaki menikam seorang perempuan di Lebuhraya KESAS berhadapan Kondominium Gravit dan Kota Bayu Emas Klang.”
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kes-suami-kelar-isteri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:37 MYT
"Polis telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan satu kejadian seorang lelaki menikam seorang perempuan di Lebuhraya KESAS berhadapan Kondominium Gravit dan Kota Bayu Emas Klang.”

“Mangsa dan suspek merupakan pasangan suami isteri yang bersama-sama menaiki kereta menuju ke kedai makan. Namun berlaku perselisihan faham di antara mereka dan suspek telah berhenti di lokasi kejadian.”

“Kemudian suspek bertindak mengelar mangsa beberapa kali menggunakan pisau pemotong. Mangsa dalam ketakutan telah keluar dari kereta untuk meminta bantuan orang awam.”

“Suspek kemudian melarikan diri mengunakan keretanya. Bertindak atas makluman tersebut, polis telah mengesan suspek di Jalan Batu Nilam 34, Klang.”

“Polis mendapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta. Lantas anggota polis memecah cermin tingkap untuk membuka pintu kereta dan menyelamatkan suspek. Suspek dalam keadaan berlumuran darah telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.”

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong

Pautan Video:
https://youtube.com/shorts/mbGzzt6fslg?feature=share

ArtikelDiterbitkan 22 Jan 2024 6.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM