Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Kemalangan Libatkan Banyak Kematian Di Lebuhraya Kl Karak Adalah Tidak Benar

Published: 27 Jan 2020 12.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Januari 2020 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan satu video kes kemalangan maut melibatkan sebuah bas dengan beberapa kenderaan lain yang didakwa berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kemalangan-libatkan-banyak-kematian-di-lebuhraya-kl-karak-adalah-tidak-benar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:54 MYT

Kuala Lumpur, 27 Januari 2020 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan satu video kes kemalangan maut melibatkan sebuah bas dengan beberapa kenderaan lain yang didakwa berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.

Hasil semakan mendapati, video berkenaan merupakan kejadian kemalangan yang berlaku pada 10 Oktober 2010 di KM 223 Lebuhraya Utara Selatan (Pedas -Linggi), Negeri Sembilan yang ditularkan semula dalam laman sosial.

Video berkenaan juga dikesan telah beberapa kali ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga mencetuskan kegusaran kepada pengguna jalan raya.

Masyarakat dinasihatkan agar merujuk sesuatu isu kepada pihak berkuasa terlebih dahulu, dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan tanpa maklumat yang sahih.

Penyebaran berita palsu merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Elakkan jadi mangsa berita palsu. Tidak pasti, jangan kongsi!

Image may contain: text that says 'TIDAK BENAR'
ArticlePublished 27 Jan 2020 12.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM