Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Kekecohan Berhampiran Masjid

Published: 25 Apr 2024 3.47 AM Updated: 15 Aug 2026 8.17 PM
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat. Cermin kereta pada bahagian pemandu pecah, namun pemandu kenderaan itu tidak cedera. Menerusi ruangan komen, individu yang mendakwa berada di lokasi ketika kejadian, pemandu kereta terbabit disifatkan sebagai tidak sabar dan tidak menghormati urusan istiadat berkenaan dan lebih 1,000 jemaah hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat jenazah Pegawai Pemerintah Skuadron 503 TLDM itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kekecohan-berhampiran-masjid
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:20 MYT
"Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kekecohan berlaku berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini, semalam, membabitkan sekumpulan orang awam dengan pemandu kereta.”

“Kejadian kira-kira 8.00 malam itu berlaku ketika jenazah mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, Allahyarham Muhammad Firdaus dibawa dengan penuh istiadat ke tanah perkuburan Islam berhampiran masjid.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat. Cermin kereta pada bahagian pemandu pecah, namun pemandu kenderaan itu tidak cedera. Menerusi ruangan komen, individu yang mendakwa berada di lokasi ketika kejadian, pemandu kereta terbabit disifatkan sebagai tidak sabar dan tidak menghormati urusan istiadat berkenaan dan lebih 1,000 jemaah hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat jenazah Pegawai Pemerintah Skuadron 503 TLDM itu.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid

Pautan Video:
https://youtube.com/shorts/dtvrCrYZW50?feature=share
ArticlePublished 25 Apr 2024 3.47 AMUpdated 15 Aug 2026 8.17 PM