Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Kejadian Tembakan Melibatkan Kecederaan Orang Awam

Published: 02 Jan 2024 3.48 AM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
“Pihak polis telah menerima laporan polis berkait kejadian berlaku pada 1 Januari jam 5.41 petang, mengenai kes melibatkan dua suspek bermotosikal melepaskan tembakan ke arah tiga mangsa sebelum melarikan diri dan mengakibatkan kecederaan mangsa yang berada di permis berkenaan.”
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kejadian-tembakan-melibatkan-kecederaan-orang-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT
“Pada 1 Januari 2024, terkesan satu video berdurasi 30 saat mengenai kejadian sekumpulan lelaki tidak dikenali telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki lain yang sedang berada di sebuah kedai kopi di Jalan Wong Kin Huo, Sibu, Sarawak.”

“Pihak polis telah menerima laporan polis berkait kejadian berlaku pada 1 Januari jam 5.41 petang, mengenai kes melibatkan dua suspek bermotosikal melepaskan tembakan ke arah tiga mangsa sebelum melarikan diri dan mengakibatkan kecederaan mangsa yang berada di permis berkenaan.”

“Tiga mangsa yang berumur lingkungan 27 ke 33 tahun telah dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta untuk menerima rawatan dan dalam keadaan stabil.”

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili

Pautan Video:
https://youtube.com/shorts/Fox5j5kXOjY?feature=share
ArticlePublished 02 Jan 2024 3.48 AMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM