Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Kejadian Sebuah Kenderaan Menghalang Kenderaan Bomba Sukarela

Diterbitkan: 10 Jan 2024 9.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Pada 9 Januari 2024 jam lebih kurang 2.00 petang terkesan satu rakaman video tular di media sosial berdurasi 40 saat memaparkan kejadian tindakan sebuah kenderaan yang tidak memberi laluan kecemasan kepada kenderaan Bomba Sukarela.”
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-kejadian-sebuah-kenderaan-menghalang-kenderaan-bomba-sukarela
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:26 MYT
"Pada 9 Januari 2024 jam lebih kurang 2.00 petang terkesan satu rakaman video tular di media sosial berdurasi 40 saat memaparkan kejadian tindakan sebuah kenderaan yang tidak memberi laluan kecemasan kepada kenderaan Bomba Sukarela.”

“Polis Daerah Kulim mengesahkan kejadian yang tular berlaku pada 7 Januari 2024 jam lebih kurang 5.30 petang di Jalan Lunas - Padang Serai. Pihak yang terlibat telah dikesan dan dipanggil ke Balai Polis Trafik Daerah Kulim dan tindakan saman telah dikenakan terhadap pemandu kereta berkenaan.”

“Pemandu kereta berkenaan telah dikenakan saman di bawah Rule 9 (2) LN166/59 yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun dan mengalami masalah pendengaraan.”

“Polis Daerah Kulim mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memberikan kerjasama dengan memberi aluan kepada kenderaan kecemasan seperti Polis, Ambulans dan Bomba yang menjalan tugas.”

Sumber kenyataan: Ketua Polis Daerah Kulim, Kedah, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi

Link Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/1754673568354515/

Video Tular Kejadian Sebuah Kenderaan Menghalang Kenderaan Bomba Sukarela
ArtikelDiterbitkan 10 Jan 2024 9.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM