Article
Video Tular Kejadian Samun Di Sebuah Kedai
"Pada 23 Oktober 2024 jam lebih kurang 9.01 malam, pihak polis telah menerima satu laporan dari pengadu seorang warga tempatan yang bekerja sebagai juruwang di...
"Pada 23 Oktober 2024 jam lebih kurang 9.01 malam, pihak polis telah menerima satu laporan dari pengadu seorang warga tempatan yang bekerja sebagai juruwang di sebuah premis yang menjalankan perniagaan menjual aiskrim di Jalan Besar Pandamaran, Kawasan 12, Pelabuhan Klang, Selangor".
"Pada 24 Oktober 2024 jam lebih kurang 12.15 tengah hari, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap satu lelaki warga tempatan berumur 46 tahun dan merampas pakaian serta parang yang digunakan semasa menyamun".
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkumpulan dengan senjata. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama 20 tahun serta dikenakan denda dan sebat".
"Pada 30 Oktober 2024, suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Klang dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman bagi ketiga-tiga pertuduhan dijalankan serentak".
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong
