Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Tular Individu Mengganggu Ketenteraman Awam Di Jalan Raya

Diterbitkan: 19 Jul 2024 2.17 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlan Ab Hamid
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-individu-mengganggu-ketenteraman-awam-di-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:59 MYT
VIDEO TULAR: INDIVIDU MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM DI JALAN RAYA

"Polis Daerah Timur Laut telah terkesan sebuah rakaman klio video dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook viralq memaparkan kejadian seorang individu mengganggu ketenteraman awam dengan bertindak mengganggu pengguna jalan raya yang lain."

"Hasil semakan, kejadian tersebut berlaku di Jalan Penang, George Town Pulau Pinang dan sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis berhubung insiden berkenaan."

"Sehubungan dengan itu, pihak polis ingin memberi nasihat kepada orang ramai agar berkelakuan sopan ketika berada di tempat awam serta tidak mengganggu ketenteraman awam."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlan Ab Hamid

Video Tular Individu Mengganggu Ketenteraman Awam Di Jalan Raya
ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2024 2.17 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM