Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Individu Mengasari Penunggang Motosikal Di Tengah Jalan Raya

Published: 04 Jan 2024 8.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Pada 4 Januari 2024, terkesan satu video berdurasi 17 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter atau X @anthraxxx781 yang memaparkan kejadian individu mengasari penunggang motosikal di tengah jalan raya."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-individu-mengasari-penunggang-motosikal-di-tengah-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
"Pada 4 Januari 2024, terkesan satu video berdurasi 17 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter atau X @anthraxxx781 yang memaparkan kejadian individu mengasari penunggang motosikal di tengah jalan raya."

"Berdasarkan rakaman dashcam kejadian berlaku di kawasan parkir Lebuhraya Link Malaysia-Singapura berhampiran Plaza Tol Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Januari 2024 jam lebih kurang 0747hrs.”

"Hasil semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berikutan kejadian tersebut."

"Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berdekatan."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin

Video Tular Individu Mengasari Penunggang Motosikal Di Tengah Jalan Raya
ArticlePublished 04 Jan 2024 8.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM