
Artikel
Video Tular Individu Melakukan Khianat Di Rumah Ibadat
"Pada 6 April 2024 jam lebih kurang 1.30 petang, Polis Daerah Manjung telah menerima satu laporan polis di mana individu lelaki telah merosakkan peralatan toko...
"Pada 6 April 2024 jam lebih kurang 1.30 petang, Polis Daerah Manjung telah menerima satu laporan polis di mana individu lelaki telah merosakkan peralatan tokong di sebuah tokong di kawasan Kampung Koh dalam daerah Manjung, Perak.”
"Polis telah berjaya menahan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun serta merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk merakam perbuatan khianat tersebut."
"Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh sentimen isu 3R (Raja, Agama dan Kaum) sehingga melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan sekali gus boleh menjejaskan keselamatan negara.”
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah
Pautan Video di:
https://www.facebook.com/watch/?v=755617076710914
Pautan Video di:
https://www.facebook.com/watch/?v=755617076710914