Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Individu Melakukan Khianat Di Rumah Ibadat

Published: 07 Apr 2024 9.00 AM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
"Pada 6 April 2024 jam lebih kurang 1.30 petang, Polis Daerah Manjung telah menerima satu laporan polis di mana individu lelaki telah merosakkan peralatan tokong di sebuah tokong di kawasan Kampung Koh dalam daerah Manjung, Perak
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-individu-melakukan-khianat-di-rumah-ibadat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:59 MYT
"Pada 6 April 2024 jam lebih kurang 1.30 petang, Polis Daerah Manjung telah menerima satu laporan polis di mana individu lelaki telah merosakkan peralatan tokong di sebuah tokong di kawasan Kampung Koh dalam daerah Manjung, Perak.”

"Polis telah berjaya menahan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun serta merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk merakam perbuatan khianat tersebut."

"Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohanan reman bagi membantu siasatan lanjut.”

"Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh sentimen isu 3R (Raja, Agama dan Kaum) sehingga melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan sekali gus boleh menjejaskan keselamatan negara.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah

Pautan Video di:
https://www.facebook.com/watch/?v=755617076710914
ArticlePublished 07 Apr 2024 9.00 AMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM