Artikel
Video Tular Dua Individu Bertengkar Di Persimpangan Jalan
“Polis Daerah Johor Bahru Utara telah terkesan satu video tular di media sosial yang memaparkan dua individu lelaki bertengkar di persimpangan Jalan Sutera Kun...
“Polis Daerah Johor Bahru Utara telah terkesan satu video tular di media sosial yang memaparkan dua individu lelaki bertengkar di persimpangan Jalan Sutera Kuning 9, Jalan Sutera, Taman Sutera, Johor.”
“Laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun pada 6 September 2024 jam lebih kurang 2.41 pagi berkenaan kejadian tersebut.”
“Kedua-dua pihak telah menyelesaikan isu tersebut dengan baik dan hantaran tular telah dipadam oleh pemilik akaun.”
