Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Dakwaan Individu Melarikan Sebuah Kenderaan

Published: 12 Sep 2024 2.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
"Polis Daerah Johor Bahru Utara telah terkesan satu hantaran tular berkaitan pelanggan melarikan diri kerana enggan membayar servis kereta dan menyebabkan kecederaan."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-dakwaan-individu-melarikan-sebuah-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:24 MYT
"Polis Daerah Johor Bahru Utara telah terkesan satu hantaran tular berkaitan pelanggan melarikan diri kerana enggan membayar servis kereta dan menyebabkan kecederaan."

"Laporan polis telah dibuat pada 10 September 2024 jam 8.54 malam oleh satu lelaki warga tempatan berumur 29 tahun. Siasatan mendapati, pada 7 September 2024 jam 12.00 tengah hari, satu lelaki warga tempatan berumur 40 tahun, telah datang ke sebuah bengkel di sekitar Taman Setia Tropika, Johor Bahru untuk membaiki kerosakan kereta yang dianggarkan bernilai RM 38,000."

"Suspek telah bertindak melarikan diri tanpa membuat sebarang pembayaran sehingga menyebabkan dua pekerja bengkel mengalami kecederaan."

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh, Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda merbahaya atau Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan."

"Pihak polis sedang giat mengesan suspek-suspek yang terlibat. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Nazarul Izwan bin Abdul Manaf."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh

Video Tular Dakwaan Individu Melarikan Sebuah Kenderaan

ArticlePublished 12 Sep 2024 2.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM