Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Tular Bantu Kami Kesan Pemandu Bawa Kereta Lawan Arus Berhampiran Jalan Kuching

Published: 17 Sep 2019 7.23 AM Updated: 15 Aug 2026 7.19 PM
Kuala Lumpur, 17 September 2019: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan yang dipandu bertentangan arus berhampiran Jalan Kuching pada Isnin tampil membantu polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-tular-bantu-kami-kesan-pemandu-bawa-kereta-lawan-arus-berhampiran-jalan-kuching
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT

Kuala Lumpur, 17 September 2019: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan yang dipandu bertentangan arus berhampiran Jalan Kuching pada Isnin tampil membantu polis.

Menurut Pengarah JSPT, DCP Dato' Azisman Alias sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

Bagaimanapun maklumat dan informasi dari pihak awam diperlukan agar pemandu kenderaan berkenaan dapat dikesan.

Orang ramai boleh berbuat demikian di mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jika ditahan, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan arahan atau isyarat lalu lintas.
Serta boleh disiasat dibawah Seksyen 42 Akta yang sama kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Video dari kamera papan pemuka sebuah kereta menunjukkan sebuah kenderaan dipandu bertentangan arus itu tular di laman sosial sejak Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira kira jam 3.50 pagi isnin berhampiran Jalan Kuching dan hampir berlanggar dengan beberapa kenderaan yang melalui jalan terbabit.

Sumber berita: Astro AWANI

ArticlePublished 17 Sep 2019 7.23 AMUpdated 15 Aug 2026 7.19 PM