Article
Video Pilihan Timbalan Kpn Rasmikan Mesyuarat Agung Respa Kali Ke 41
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai-pegawa...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) kali ke-41 di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur (KL), di sini pagi tadi.
Dalam ucapannya, Tan Sri Ayob Khan menzahirkan penghargaan terhadap RESPA yang terus aktif memperkasakan peranan pesara polis.
Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan dana berjumlah RM51,712, hasil kutipan daripada ahli-ahli RESPA kepada waris mangsa Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang diwakili oleh Timbalan Komander PSP, ACP Mohd Fadhli Daud sambil disaksikan oleh Tan Sri Ayob Khan.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSkPx4Ter/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
