Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadiri Mesyuarat Semakan Peringkat Jabatan Kali Ke 29
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Semakan Peringkat Jabatan ke-29 Jawa...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Semakan Peringkat Jabatan ke-29 Jawatankuasa Kerja Bersama Thailand-Malaysia Berhubung Aktiviti Jenayah yang diadakan di Chatrium Grand, Bangkok, Thailand pada 25 Jun 2026.
Mesyuarat selama empat hari bermula 23 hingga 26 Jun 2026 itu menghimpunkan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thai (RTP) sebagai platform strategik bagi memantapkan kerjasama dua hala dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan, di samping mempertingkat perkongsian maklumat risikan, penyelarasan operasi serta keupayaan penguatkuasaan kedua-dua agensi.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

