Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jlog
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Log...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Ia bersempena persaraan wajib Pengarah JLog, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan yang berkuatkuasa esok (12 Jun), selepas beliau menabur bakti selama 37 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.
Turut berlangsung ialah serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JLog oleh Datin Seri Nor Aidila Abdul Majid kepada pemangkunya, Puan Siti Manau dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSkaqSRr3/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
