Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Ramah Mesra Pencarum Zakat Inspektor Pelatih Siri 1 2023
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyantuni pencarum Potongan Zakat Bulanan dalam majlis...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyantuni pencarum Potongan Zakat Bulanan dalam majlis ramah mesra yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Majlis anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menerusi Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu adalah bagi memberikan galakan, motivasi dan penghargaan kepada 42 Inspektor Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur Siri 1/2023 yang telah menjadi pencarum zakat tertinggi dalam kalangan pelatih lain.
Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsiaOfficial
