Artikel
VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PENYAMPAIAN AIPN TAHUN 2024
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Pendafta...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara (AIPN) Tahun 2024 di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Acara dwi tahunan anjuran JPN pada kali ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Sebanyak 46 projek inovasi dipertandingkan, meliputi pelbagai kategori, termasuk Anugerah Khas MDN, Anugerah Khas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Anugerah Khas Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Anugerah Platinum (Projek Inovasi Terbaik).
Juruvideo: PDRM RMP TV
