Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Pelancaran Buku Dato Tun Hisan Tun Hamzah
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Buku Dato' Tun Hisan Tun Ham...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Buku Dato' Tun Hisan Tun Hamzah yang diadakan di Pustaka Negeri, Kuching, Sarawak.
Buku hasil nukilan Setiausaha Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Sarawak, Encik Leonard Sabu itu menghuraikan mengenai ketegasan kepimpinan dan pendekatan strategik Dato' Tun Hisan dalam memerangi kegiatan gangsterisme, sekali gus membantu memperkukuh hala tuju Polis Diraja Malaysia dalam membanteras jenayah terancang di negeri Bumi Kenyalang.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

