Article
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Mesyuarat Obk Di Tasik Kenyir Terengganu
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi sempena Mesyuarat Ope...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi sempena Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 19 Bilangan 1/2026 yang berlangsung di Dome Inn, Pulau Poh, Tasik Kenyir, Terengganu pada 24 April 2026.
Majlis makan malam tersebut merupakan acara pra-mesyuarat yang berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026, sekali gus menjadi platform dalam mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara.
Mesyuarat OBK menghimpunkan pelbagai agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Jabatan Imigresen Malaysia.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

