Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Bersama Mdn Ke Majlis Penyerahan Pos Nibong Pga
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke Majlis Penyerahan Pos Barisan Hadapan Briged Tenggara, Pos Nibong, Pasukan Gerakan Am (PGA), Tumpat, Kelantan.
Majlis penyerahan bangunan bertujuan bagi kegunaan Briged Tenggara PGA dalam melaksanakan kawalan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu berlangsung di antara Pengerusi PBLT Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Seri Dr. Hj. Mazlan Lazim dan Datuk Seri Saifuddin dengan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.
Link TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSNfmjHdj/
Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsiaOfficial

