Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Bersama Isteri Sampaikan Sumbangan Kepada Anak Anak Yatim Warga Kontinjen Kedah Perlis Dan Pulau Pinang
Ikuti sedutan video Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarg...
Ikuti sedutan video Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim serta yatim piatu bagi warga Polis Kontinjen Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Sumbangan berupa wang tunai dan bantuan daripada Voucher Mykasih Foundation telah disampaikan kepada 95 anak yatim dan anak yatim piatu daripada 35 buah keluarga bagi ketiga-tiga kontinjen berkenaan.
Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsiaOfficial
