Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Sop Amanita Ditambah Baik Demi Keselamatan Komuniti Masa Kini

Published: 03 Nov 2025 11.55 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ikuti sedutan rakaman pelaksanaan Bengkel Penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) AMANITA Tahun 2025 yang berlangsung selama empat hari bermula 28 hingga 31 Oktober lalu di Dewan Pacific III, Pacific Regency Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-sop-amanita-ditambah-baik-demi-keselamatan-komuniti-masa-kini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:03 MYT


Ikuti sedutan rakaman pelaksanaan Bengkel Penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) AMANITA Tahun 2025 yang berlangsung selama empat hari bermula 28 hingga 31 Oktober lalu di Dewan Pacific III, Pacific Regency Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel yang menghimpunkan pegawai kanan polis wanita dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Pengurusan seluruh Semenanjung Malaysia itu memberi tumpuan kepada usaha menilai serta menambah baik SOP AMANITA agar kekal relevan, berkesan dan responsif terhadap keperluan keselamatan komuniti semasa.

Langkah tersebut merupakan inisiatif proaktif Polis Diraja Malaysia dalam memperkasakan peranan AMANITA sebagai penghubung utama antara polis dengan masyarakat, khususnya golongan wanita.

Pemangku Pengarah JPJKK merangkap Pengerusi AMANITA, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid menegaskan bahawa AMANITA memainkan peranan penting dalam memperkukuh jaringan keselamatan, membina kepercayaan serta meningkatkan kesedaran awam terhadap tanggungjawab bersama menjaga keharmonian masyarakat.


Sumber: JPJKK Bukit Aman

Video Pilihan Sop Amanita Ditambah Baik Demi Keselamatan Komuniti Masa Kini



ArticlePublished 03 Nov 2025 11.55 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM