Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Sarjan Polis Wira Jambatan Sultan Ismail Petra Diberi Pengiktirafan Oleh Kpn

Published: 02 Aug 2024 11.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Hari ini, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sendiri menjemput dan menyantuni Sarjan Mohd Ridzuan serta Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud ke Bukit Aman untuk diberikan Sijil Penghargaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-sarjan-polis-wira-jambatan-sultan-ismail-petra-diberi-pengiktirafan-oleh-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Ikuti sedutan rakaman seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Sarjan Mohd Ridzuan Remlan yang menyelamatkan seorang wanita daripada terjatuh dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Ismail Petra dekat Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 28 Julai lalu wajar dikenang.

Hari ini, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sendiri menjemput dan menyantuni Sarjan Mohd Ridzuan serta Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud ke Bukit Aman untuk diberikan Sijil Penghargaan.

Majlis yang berlangsung dalam pejabat KPN itu jelas membuktikan bahawa pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia begitu menghargai dan memuji tindakan anggota polis yang berjiwa besar, penyayang dan bertanggungjawab kepada orang awam itu.

Sumber: TikTok Tan Sri Razarudin Husain

Video Pilihan Sarjan Polis Wira Jambatan Sultan Ismail Petra Diberi Pengiktirafan Oleh Kpn
Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=832683208809476
ArticlePublished 02 Aug 2024 11.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM