
Artikel
Video Pilihan Rangkuman Kejayaan Pdrm Dalam Menumpaskan Penjenayah Dan Penyeludupan Migran Dalam Negara
Menerusi kejayaan yang diumumkan semalam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menumpaskan seorang penjenayah berat yang aktif sejak tahun 20...
Saksikan sedutan berita rangkuman kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menumpaskan penjenayah dan aktiviti penyeludupan migran dalam negara.
Menerusi kejayaan yang diumumkan semalam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menumpaskan seorang penjenayah berat yang aktif sejak tahun 2009 dengan rampasan beberapa laras senjata api termasuk sebuah bom tangan.
Manakala kejayaan di Pulau Pinang pula, pihak polis berjaya mematahkan aktiviti pemberi pinjam wang tanpa lesen (ah long) yang menjadikan sebuah kondominium mewah dekat Sebarang Perai Tengah sebagai markas operasi kerja haram mereka.
Turut dilaporkan ialah kejayaan Polis Kedah menahan lima suspek sehingga didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar kerana menyeludup 119 migran warga asing pada bulan Mei lalu.
Sumber video: TV3 Nightline
Pautan Video:
Pautan Video: