Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Projek Rintis Smart City Fokus Cegah Jenayah Kp Melaka

Published: 22 Feb 2022 6.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, inisiatif itu memfokuskan bagi pencegahan jenayah dengan penggunaan aplikasi teknologi pintar dalam meningkatkan keselamatan dan tahap keyakinan pelancong.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-projek-rintis-smart-city-fokus-cegah-jenayah-kp-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT
Jasin, 22 Februari 2022 - Polis Melaka akan melancarkan projek rintis "Smart City" atau Bandar Pintar membabitkan Jonker Walk, Banda Hilir, bulan depan.

Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, inisiatif itu memfokuskan bagi pencegahan jenayah dengan penggunaan aplikasi teknologi pintar dalam meningkatkan keselamatan dan tahap keyakinan pelancong.

Katanya, pihaknya kini berkolaborasi dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berkepakaran dalam teknologi "Facial Recognition System" atau sistem pengecaman wajah untuk digunakan bagi membanteras jenayah.

"Keduanya, kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan yang akan memberi kita kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Menurut Datuk Wira Abdul Majid projek yang akan diselia oleh timbalannya itu adalah inisiatif daripada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan diselia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

"Melalui sistem ini dengan adanya data jenayah, jika penjenayah lalu saja kamera CCTV akan rakam dan terpapar segala rekod sekali gus tidakan pantas akan dilakukan polis," katanya selepas Majlis Perasmian Balai Polis Bemban di sini, hari ini yang turut dihadiri timbalannya, SAC Datuk Razali Abu Samah.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../projek-rintis-smart-city...
Sumber: Harian Metro

Video Pilihan Projek Rintis Smart City Fokus Cegah Jenayah Kp Melaka
ArticlePublished 22 Feb 2022 6.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM