Article
Video Pilihan Prn Kpn Turun Padang Pastikan Kesiapsiagaan Warga Pasukan
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail turun padang bagi memastikan tahap kesiapsiagaan warga Pasukan...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail turun padang bagi memastikan tahap kesiapsiagaan warga Pasukan Kontinjen Johor berada pada tahap optimum dalam menghadapi penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) menerusi lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Beliau mengingatkan agar keseluruhan kekuatan warga Pasukan disusun atur secara strategik bagi memastikan sumber manusia dan aset logistik, khususnya kenderaan serta sistem komunikasi berada pada tahap terbaik sepanjang tempoh penugasan.
Sumber: TikTok PDRMsia_Offcial
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Ridzuan Razak

